Seorang lelaki itu tidak akan mendapat rusuk kirinya tanpa seorang hawa.
Seorang bayi itu tidak akan dapat melihat dunia tanpa seorang hawa.
Sebelum peperangan bermula, kaum muslimin berehat sebentar. Seorang lelaki yang sedang berpuasa tidur lena dibuai mimpi. Dalam mimpinya, dia mencari seorang wanita bernama "Ainul Mardiyah (ketua bidadari di Syurga)".
Dia bertanya kepada wanita itu,
"adakah kamu ainul mardiyah?".
Wanita menjawab
"bukan, saya bukan ainul mardiyah. Ainul mardiyah sedang berehat di atas".
Lalu, dia naik ke langit yang kedua. Dan,dia nampak wanita yang sangat sangat cantik. Tanpa membuang masa,
Dia bertanya,
"adakah kamu ainul mardiyah?".
Wanita itu menjawab,
"tidak. Ainul Mardiyah berada aras atas.".
Pemuda tersebut seakan akan tidak percaya akan semua ini."Tidak mungkinlah wanita secantik itu bukan Ainul Mardiyah. Di dunia, tidak sekali pun aku ketemu wanita secantik itu. SubhanAllah." katanya di dalam hati.
Pada langit yang ketiga, ada seorang wanita menyapanya. Wajahnya lebih cantik berbanding dua wanita yang berada pada langit yang pertama dan kedua.
"Ainul Mardiyah kah?".
"eh, tidak. Ainul Mardiyah di biliknya. Di atas."
Pemuda itu tidak mahu berputus asa. Dia terus berjalan menuju ke langit yang seterusnya. Dia sangat berharap agar impiannya ingin bertemu dengan Ainul Mardiyah tercapai sebelum dia terbangun dari mimpi.
Berjalan, berjalan, dan berjalan. Dia telah pun sampai di langit yang ke 6.
Dia harap disitulah terletaknya bilik Ainul Mardiyah. Tiba-tiba, muncullah seorang wanita dengan wajah yang sangat indah tidak terkata. Sangat indah.
"Ainul Mardiyah..."
katanya dalam nada yang perlahan dan dalam keadaan kaku.
Tiba-tiba, wanita itu bersuara,
"saya bukan Ainul Mardiyah.. Silalah bergerak ke langit yang terakhir.
Pemuda itu hampir berputus asa dengan jawapan wanita tersebut. Dia teringin bertemu dengan Ainul Mardiyah.
Di langit yang terakhir, pemuda itu melangkahkan kaki dengan penuh harapan.
Secara tiba tiba, pintu sebuah bilik terbuka dengan sendirinya. Bilik itu memancarkan cahaya sehingga pemuda itu terpaksa menutup mata dengan tangannya. Apabila cahaya itu sudah mulai hilang, pemuda itu pun membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila seorang wanita yang sangat indah wajahnya. Wajahnya seindah Syurga.
Allahu..Allahu..Allahu.. .
Pemuda tersebut kaku. Tidak dapat berkata apa apa apabila melihat ciptaan Allah yang sangat indah itu.
"Tunggu waktu berbuka puasa dulu ya."
Kata wanita itu sambil melempar senyuman yang amat manis terhadap pemuda itu.
Pemuda itu mula merasa yakin dengan berkata,
"Ya Allah, aku yakin dialah Ainul Mardiyah.
"Ya. Akulah Ainul Mardiyah.".
Tersedar daripada mimpi.....
Pemuda itu tersedar daripada mimpinya. Lalu dia terus mendapatkan abangnya.
"Akhi! Akhi! Aku dapat bertemu dengan Ainul Mardiyah!"
katanya kepada abangnya sambil melompat riang di tempat bakal syahid berehat sebelum peperangan bermula. Tiba-tiba,
Zupp!!!
"Allahuakbar! Allahhuakbar!" .
Pemuda tersebut meraung kesakitan kerana terkena panahan daripada musuh. Jasadnya rebah menyentuh bumi. Abangnya menahan sebak. Ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Lalu abangnya membawa adiknya yang sedang berlumuran darah pada tubuhnya kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah berkata:
"Dia sedang berbuka puasa dengan Ainul Mardiyah di Syurga sana. Alhamdulillah. Hasratnya tercapai dengan izin Allah. Allahu, dia sungguh beruntung kerana dapat bertemu dengan ketua bidadari syurga.
__________________________________________________
Begitulah indahnya seorang hawa. Keimanan seorang wanita itu lebih indah daripada kecantikannya. Dunia ini hanyalah sebentar. Akhirat itu lama dan tidak lama lagi.
Jangan hentikan langkahmu,
Teruslah melangkah,
Tetapi dalam keadaan hatimu hanya ingat Allah,
Agar kamu dapat bertemu dengan wildanmu di Syurga-Nya tanpa perlu menjejakkan kakimu di neraka api membahang.
Nauzubillahiminzalik.
p/s: wanita adalah seindah indah permata di dunia ini.
yang sering direbut oleh adam.
tetapi sentiasa diperhatikan oleh wildannya.
No comments:
Post a Comment