} -->

"Little Girl Hidayah"

Hilang dijaga Allah

وقال انه وجد كنت فقدت وهداك
"And He found you lost,
and guided you." [93:7]
-Quran

Ingatlah, ketika kamu dalam kesusahan,
Allah itu ada sedia di sisimu.
Ingin menangis?
Menangislah disisi-Nya.
Berdoalah dihadapan-Nya.
Rasakan kehangatan seperti kamu memeluk-Nya.
Pasti tenang hatimu,berbunga hatimu.
Meskipun kesedihan masih berbaki di lubuk hatimu.
Yakinlah, Allah akan merawat hatimu dengan penuh kasih sayang.

Kehilangan orang yang tersayang,
Iya. Ianya memedihkan. Sangat memedihkan.
Apatah lagi jasadnya masih tidak dapat dilihat oleh mata kepala kita sendiri.
Air mata tidak akan dapat ditahan daripada mengalir.
Tetapi, tidakkah kamu terfikir, dunia sudah menjalani saat kelahirannya.
Dan sekarang ianya telah sampai saat kematiannya.
Jika ianya mati, sah lagi wajib, kita akan turut mati.
Kalau benar orang yang tersayang itu telah pergi,
Tidak perlulah kamu risau,
Kerana kamu akan turut susuli mereka tidak lama lagi.
Pada saat itu, sesaat pun kamu tidak mengingati mereka.
Teruslah berdoa untuk dirimu juga orang yang kita sayang.
Walaupun tidak di dunia, di syurga-NYA ada. Yakinlah:)

Kenapa aku kata begitu?
Kerana aku yakin, Allah itu ada bersama MH370.
Di darat mahupun di lautan,
Ataupun masih dilangit sana,
Serius! Kami risau, Kami panik.
Tetapi, kerana Allah, aku tenang dan mendoakan mangsa MH370.

p/s : untungnya mereka iaitu mangsa MH370, kerana mereka dijaga Allah sentiasa.

Allahu Allah .



thanks for reading

Posted by Hanis Humaira at 20:28

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Kenyataan tentang diri

My photo
Hanis Humaira
Antara semua kata janji, daku paling percaya janji Allah.
View my complete profile


Spread your word ღ

Them ♥

  • Home
  • Linkies
Powered by Blogger.