Bismillah...
Tamat sekolah rendah,masuk sekolah menengah and then..and then. Semakin bertambah umur,semakin bertambah tanggungjawab. Sebelum meniti ke alam remaja ,banyak perkara yang perlu dipelajari. Kalau tak selesai yang awal, tak kan selesailah yang lain. Ana pun dalam proses yang memahami usia ini. Mesti ana akan sentiasa terkeliru. Biasalah..time belajar,pikir main. Time main,pikir main.hehe. Kita yang sedang menunggu result UPSR tu,bersedialah. Macam saya,sedang menunggu juga.
Sedih nak tinggalkan kenkawan yang tersayang. Perlu ke ana bersedih? kalau kawan tu ikhlas,insyaallah..akan ada pertemuan di suatu hari nanti. Tak sempurna sesuatu itu jika tidak menyempurnakannya. Kalau dulu perangai semacam,baikkan lah perangai itu. Kalau dulu pakaian tidak elok,elok2 kan lah pakaian itu. Supaya di alam remaja nanti kita tiada masalah. Tiada wujudnya istilah couple dalam hidup kita jika hati kita hanya ada Allah. Semua orang tau pasal tu. Oleh itu,janganlah sesekali kamu merosakkan masa depanmu dengan masalah zaman sekarang. Segalanya boleh terjadi dengan izin Allah.
Ingatlah meniti ke alam remaja adalah permulaan masa depan kita.
Sesungguhnya, Allah itu memegang erat tanganmu ketika kamu ingin meniti kehidupanmu itu.
Hanya kerana dia sangat menyayangi kita.
Sentap!



No comments:
Post a Comment